Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 banduan larikan diri selepas penjara musnah dek Taufan Irma

Seramai 120 banduan mungkin melarikan diri dari tapak ‘yang musnah sebahagiannya’ di pulau Tortola apabila ribut itu membadai Caribbean, kata sumber-sumber kepada Sky News.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 banduan larikan diri selepas penjara musnah dek Taufan Irma

Kawasan di British Virgin Islands yang musnah disebabkan Taufan Irma. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Sep 2017 10:40PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 10:43PM

VIRGIN ISLANDS: Lebih 100 orang banduan dipercayai melarikan diri dari sebuah penjara di British Virgin Islands selepas bangunan itu musnah akibat Taufan Irma.

Seramai 120 banduan mungkin melarikan diri dari tapak ‘yang musnah sebahagiannya’ di pulau Tortola apabila ribut itu membadai Caribbean, kata sumber-sumber kepada Sky News.

Seorang penduduk British Virgin Islands, Paul Exner, yang juga presiden syarikat jelajah Modern Geographic Sailing, berkata para banduan itu pada asalnya dikawal oleh para pengawal bersenjata tetapi ‘dibebaskan’.

Penjara itu dipercayai menempatkan sehingga 200 banduan secara keseluruhan.

Kerosakan di British Virgin Islands bernilai lebih £1bilion (S$1.8 bilion) sedang Taufan Irma merentasi rantau itu.

Para pegawai polis yang berpangkalan di Britain dikerahkan ke luar negara bagi memberi bantuan.

Satu kenyataan dikeluarkan Majlis Ketua Polis Nasional menyatakan: “Menyusuli permintaan dibuat melalui Pejabat Asing dan Komonwel, para pegawai polis Britain akan menyediakan sokongan kepada Pasukan Polis British Virgin Islands.

“Dua anggota kader polis, yang menawarkan sokongan kepada pihak tentera semasa krisis antarabangsa, berlepas pada malam Jumaat (8 Sep) dengan lebih 53 pegawai Britain, 14 daripada pasukan polis, bakal berlepas ke Brize Norton pada Sabtu (10 Sep), dalam satu kerjasama dengan Kementerian Pertahanan.” Seperti yang ditukil Daily Mail UK.

Encik Exner menjelaskan keadaan di situ “hancur semuanya” sambil menambah kepada Daily Mail UK: “Tiada prasarana langsung. Pulau ini memerlukan makanan dan minuman dengan segera. Kami boleh menetap di rumah kami selama dua minggu lagi sebagai sebuah keluarga.”

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan