Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100,000 penduduk Malaysia yang dilanda banjir teruk sudah dipindahkan

Di Malaysia, lebih 100 ribu penduduk di 5 negeri pantai timur yang dilanda banjir teruk telah diselamatkan dan dipindahkan dari rumah mereka oleh pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100,000 penduduk Malaysia yang dilanda banjir teruk sudah dipindahkan

Pasukan bomba di Kelantan membantu mangsa banjir berpindah dari rumah mereka. (Gambar: Channel NewsAsia/Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 26 Dec 2014 02:04PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:28PM

MALAYSIA: Di Malaysia, lebih 100,000 penduduk di 5 negeri pantai timur yang dilanda banjir teruk diselamatkan dan dipindahkan dari rumah mereka oleh pihak berkuasa.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkata bahawa paras air banjir yang sangat tinggi dan cuaca hujan berterusan menjejas operasi menyelamat, dan pemindahan mangsa banjir.

Kerja-kerja mengangkut bekalan makanan dengan helikopter juga menjadi lebih rumit.

Negeri-negeri yang terjejas teruk ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Banjir sekarang ini dianggap yang paling buruk pernah melanda Malaysia sejak tahun 2008.

Pada hari Selasa lalu , sekitar 100 orang, 60 daripada mereka pelancong asing yang terperangkap di tempat peranginan Taman Negara, diselamatkan melalui bot dan helikoper.

Taman Negara itu juga mencatatkan rekod paras air hujan tertinggi sejak tahun 1971.  

Sumber : Bernama/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan