Images
  • najib house police
    Keadaan di luar kediaman Datuk Seri Najib Razak. (Gambar: Petikan skrin video Youtube)

Lebih 10 kenderaan polis tiba di rumah Najib Razak

KUALA LUMPUR: Lebih 10 buah kenderaan serta van ‘Black Maria’ tiba di kediaman peribadi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, malam tadi (16 Mei). 

Kenderaan polis serta lori, yang membawa kotak dipercayai untuk mengisi dokumen, tiba pada 10.15 malam.

Ini selepas Datuk Seri Najib pulang daripada menunaikan solat terawih bersama jemaah lain di Masjid Kampung Baru pada jam 9.35 malam.

Kawasan rumah Datuk Seri Najib kini dikawal ketat oleh anggota polis dan media tidak dibenarkan berada dekat dengan rumah mantan pemimpin nombor satu negara itu.

Awal dari itu, sebuah kenderaan Toyota Vellfire, yang dinaiki Datuk Seri Najib diiringi oleh kenderaan polis meninggalkan kediaman itu pada jam 8.20 malam untuk ke Masjid Kampung Baru.

- BERNAMA/IM/im

Top