Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Latihan RSAF di Cazaux cerminkan hubungan kukuh S'pura-Perancis

Kehadiran RSAF di Cazaux diperkukuhkan lagi di bawah aturan teknikal yang membolehkan Singapura untuk mengerahkan jet-jet pejuangnya ke pangkalan udara Perancis bagi menjalani latihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan RSAF di Cazaux cerminkan hubungan kukuh S'pura-Perancis

Jurulatih Jet M-346. (Gambar: Facebook / Ng Eng Hen)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 12:26PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 12:55PM

PARIS: Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, pada hari Khamis (12 Julai) mengalu-alukan "hubungan kukuh dan kian berkembang" antara Perancis dengan Singapura, sedang kedua-dua negara itu meraikan ulang tahun ke-20 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Cazaux.

Berucap semasa di pangkalan udara di Perancis itu, Dr Ng menarik perhatian kepada kerjasama pertahanan yang sudah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

Bagi memperingati acara itu, Dr Ng turut mendedahkan sambutan ulang tahun itu pada bahagian ekor pesawat M-346, sempena ulang tahun yang ke-20, bersama Setiausaha Negara Perancis bagi Menteri Angkatan Bersenjata Genevieve Darrieussecq.

Kata Dr Ng: "Berdasarkan tawaran dari Pangkalan Udara Cazaux untuk memudahkan naik taraf sistem latihan penerbangan RSAF dengan Sistem Jurulatih Jet M-346, Perancis teguh menyokong latihan RSAF sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kehadiran RSAF di Cazaux diperkukuhkan lagi di bawah aturan teknikal yang membolehkan Singapura untuk mengerahkan jet-jet pejuangnya ke pangkalan udara Perancis bagi menjalani latihan.

Dr Ng turut mengunjungi Perancis sebagai sebahagian daripada rombongan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan akan bertemu dengan Menteri Angkatan Bersenjata Florence Parly pada hari ini (13 Jul).

Pada tahun 2011, kerjasama RSAF dengan Perancis dilanjutkan sehingga 2035.

Dengan ruang udara 32 kali lebih besar daripada saiz Singapura, Pangkalan Udara Cazaux menawarkan juruterbang RSAF dengan kawasan yang luas untuk mengasah kemahiran penerbangan dan pertempuran mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan