Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang Ngurah Rai ditutup buat 24 jam lagi

Kementerian Pengangkutan Indonesia hari ini (28 Nov) menyatakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Bali akan ditutup buat 24 jam lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2017 07:50AM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 12:17AM

BALI: Kementerian Pengangkutan Indonesia hari ini (28 Nov) menyatakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Bali akan ditutup buat 24 jam lagi.

Ini berikutan abu daripada ledakan Gunung Berapi Agung.

Laporan daripada pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan bahawa "laluan penerbangan dilitupi abu gunung berapi", menurut kementerian tersebut.

Lapangan terbang tersebut sepatutnya dibuka semula pada jam 7.00 pagi pada 29 November. Notis yang berasingan menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Lombok dibuka semula, selepas ditutup buat semalaman ekoran letusan tersebut. 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan