Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi nahas bas di M'sia - 6 cedera apabila bas ekspres 42 penumpang rempuh treler

Enam cedera apabila bas ekspres dua tingkat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM249.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat Hentian Rehat dan Rawat (RR) Sungai Perak, Kuala Kangsar awal pagi Khamis (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi nahas bas di M'sia - 6 cedera apabila bas ekspres 42 penumpang rempuh treler

Bas ekspres dua tingkat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM249.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. (Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 02:12PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 02:18PM

IPOH: Enam cedera apabila bas ekspres dua tingkat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM249.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat Hentian Rehat dan Rawat (RR) Sungai Perak, Kuala Kangsar awal pagi Khamis (7 Dis).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri kesemua yang cedera terdiri daripada lima penumpang bas tersebut serta pemandunya.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Klang bersama 42 penumpang itu merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang diletakkan di bahu jalan susur keluar RR itu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kira-kira 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dengan bantuan balai Meru Raya bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik jentera tiba di tempat kejadian, anggota bomba membantu mengeluarkan seorang mangsa yang cacat penglihatan menggunakan pintu kecemasan.

"Orang awam juga telah membantu mengeluarkan penumpang lain yang cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemandu lori treler yang membawa muatan habuk kayu seberat 25 tan itu bersama kelindannya tidak mengalami sebarang kecederan. 

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan