Images
  • rohingya (1)
    Pelarian Rohingya berjalan selepas mendarat berdekatan Cox's Bazar. (Gambar: NAVESH CHITRAKAR/REUTERS) 

Kumpulan pertama pelarian Rohingya pulang ke Myanmar

TAUNGPYOLETWEA: Lima pelarian Rohingya menjadi kumpulan pertama yang dihantar pulang ke Myanmar dari Bangladesh.

Pihak berkuasa Myanmar menyatakan para anggota sebuah keluarga Rohingya itu ditempatkan di sebuah kem sementara di wilayah Rakhine.

Kira-kira 700 penduduk Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh sejak Ogos tahun lalu berikutan operasi tentera Myanmar di Rakhine.

Pada Januari lalu, Myanmar dan Bangladesh bersetuju untuk menghantar pulang secara sukarela semua pelarian Rohingya itu dalam tempoh dua tahun ini.

Namun PBB memberi amaran bahawa keadaan di Rakhine belum sesuai untuk menerima kepulangan para pelarian Rohingya.

- AFP/MU/aq

Komen Anda?

Top