Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing mati diseksa dengan perekat panas, dipukul hingga tulang patah

Seekor kucing diseksa dengan perekat panas hingga mengalami kelecuran di kemaluan, tubuh dan mukanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing mati diseksa dengan perekat panas, dipukul hingga tulang patah

Kucing bernama Sage yang mati akibat diseksa dengan perekat panas dan dipukul. (Gambar: Facebook/China Rose)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 11:57PM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 12:07AM

UTAH, AMERIKA SYARIKAT: Seekor kucing diseksa dengan perekat panas hingga mengalami kelecuran di kemaluan, tubuh dan mukanya.

Kucing bernama Sage itu juga dipukul hingga tulang-tulangnya patah, termasuk tulang rusuknya, kesemua 10 jari di tapak kaki hadapannya dan tulang metatarsus di kaki belakangnya, menurut CNN.

Lebih menyedihkan, kedua-dua mata Sage juga ditutup dengan perekat, dan kemaluannya diletakkan perekat agar kucing tersebut tidak dapat membuang air kecil atau besar.

This is Sage. He is our family Cat. He is 6 years old. He is a outdoor guy, as well as a indoor loving cat. This morning...

Posted by China Rose on  Wednesday, 8 March 2017

Kes itu disifatkan para pegawai tempat perlindungan haiwan di Utah sebagai “antara kes dera haiwan yang paling dahsyat”.

Ia berlaku ketika pemilik Sage membenarkan kucing peliharaannya keluar sebentar untuk bersiar-siar.

Sage menerima rawatan perubatan namun malangnya, mati tidak lama kemudian.

Namun, polis Utah belum berjaya menangkap si pendera yang memperlakukan kucing tersebut dengan begitu zalim.

Bagaimanapun, gambar-gambar kucing bernama Sage dengan keadaan menyedihkan setelah didera itu tersebar luas hingga para pencinta haiwan di seluruh dunia mula menyumbangkan derma, lapor CNN.

Sejauh ini, lebih AS$50,000 (S$70,130) sudah dikumpulkan untuk dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang berjaya menjejaki si pendera tersebut.

Sebuah dana dipanggil Sage Friend Memorial Fund juga ditubuhkan untuk membantu haiwan-haiwan lain yang didera, dan sudah menerima sumbangan AS$20,000 (S$28,070).

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan