Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kren kecil tumbang dekat Masjidil Haram

Sebuah kren kecil tumbang disebabkan muatan berlebihan berhampiran Masjidil Haram di Makkah pada tengah hari Ahad (20 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kren kecil tumbang dekat Masjidil Haram

(Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 21 May 2018 08:16AM Dikemas Kini : 21 May 2018 08:20AM

MAKKAH: Sebuah kren kecil tumbang disebabkan muatan berlebihan berhampiran Masjidil Haram di Makkah pada tengah hari Ahad (20 Mei).

Ini menurut Jawatan Presiden Umum bagi Ehwal Dua Masjid Suci, lapor Saudi Gazette.

Pemandu kren berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Dalam petikan laporan Saudi Gazette, nahas itu berlaku di tapak binaan yang terpencil berhampiran Pintu Nombor 160 di bahagian luar perluasan fasa ketiga Masjidil Haram.

Tapak tersebut dikhususkan bagi kerja perluasan dan bukan kawasan menunaikan ibadah atau pergerakan jemaah umrah dan pengunjung, menurut Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan