Images
  • jong un
    Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: AFP)

Korea Utara beri amaran batalkan sidang puncak dengan AS jika terus digesa lucut senjata nuklear

SEOUL: Korea Utara memberi amaran akan membatalkan sidang puncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dengan Presiden Amerika Donald Trump, jika Washington meneruskan tuntutannya agar Pyongyang melucutkan senjata nuklearnya.

Media Korea Selatan Yonhap melaporkan, Pyongyang mengancam membatalkan rundingan itu sebagai membantah latihan tentera bersama antara Washington dengan Seoul.

Pyongyang menganggap latihan bersama tentera itu sebagai provokatif.

Washington bagaimanapun menegaskan latihan bersama itu "adalah langkah rutin dan untuk pertahanan."

Washington juga menyatakan persiapan masih diteruskan bagi sidang puncak antara para pemimpin Korea Utara dengan Amerika yang dijadualkan 12 Jun ini.

- Agensi berita/CNA/MM/im

Komen Anda?

Top