Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan, Utara buka talian hotline untuk pemimpin bercakap jelang sidang puncak

Korea Selatan dan Korea Utara membuka talian telefon hotline hari ini (20 Apr) untuk pemimpin kedua-dua negara bercakap antara satu sama lain sebelum sidang puncak mereka pada Jumaat depan (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 07:25PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 11:10PM

KOREA SELATAN: Korea Selatan dan Korea Utara membuka talian telefon hotline hari ini (20 Apr) untuk pemimpin kedua-dua negara bercakap antara satu sama lain sebelum sidang puncak mereka pada Jumaat depan (27 Apr).

Sidang puncak Presiden Moon Jae-in dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un itu akan berlangsung di kompleks gencatan senjata di kawasan sempadan Panmunjom bahagian Korea Selatan.

Sidang puncak Korea itu merupakan yang pertama dalam masa 11 tahun. Ia juga yang pertama bagi seorang pemimpin Korea Utara yang akan menyeberang sempadan untuk ke Korea Selatan.

Semasa bertemu ketua-ketua agensi berita Korea Selatan, Presiden Moon berkata sidang puncak itu perlu merintis jalan bagi perjanjian damai rasmi kepada Perang Korea dan membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear.

Sidang puncak Korea itu dijangka disusuli dengan pertemuan antara Encik Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada bulan depan atau Jun.

Presiden Trump dilaporkan mahu agenda perbincangannya dengan Encik Kim diluaskan meliputi juga senjata kimia dan kuman di samping senjata nuklear.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan