Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan, Utara bincang usul pasukan gabungan bagi Sukan Asia

Kedua-dua Korea Selatan dan Utara hari ini (18 Jun) berbincang tentang usulan membentuk pasukan gabungan bagi Sukan Asia akan datang di Indonesia bagi melanjutkan hubungan diplomatik di semenanjung berkenaan yang bermula di Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan, Utara bincang usul pasukan gabungan bagi Sukan Asia

Para penyokong Korea Selatan. (Gambar: KIM HONG-JI/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 12:18PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 12:22PM

SEOUL: Kedua-dua Korea Selatan dan Utara hari ini (18 Jun) berbincang tentang usulan membentuk pasukan gabungan bagi Sukan Asia akan datang di Indonesia bagi melanjutkan hubungan diplomatik di semenanjung berkenaan yang bermula di Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini.

Dalam sidang bersejarah April lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bersetuju untuk menyertai bersama “termasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia 2018”.

Dalam agenda mesyuarat hari ini, terdapat usulan bagi kedua-dua Korea berarak masuk bersama di pembukaan dan acara penutup Sukan Asia dan juga saranan bagi pasukan gabungan, kata Ketua Delegasi Korea Selatan Jeon Choong-ryul.

Temasya sukan berkenaan akan diadakan di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan