Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan usahakan lebih banyak rundingan dengan Korea Utara bagi pulihkan hubungan

Korea Selatan akan berusaha untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi secara kerap dengan Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2018 06:26PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:44PM

SEOUL: Korea Selatan akan berusaha untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi secara kerap dengan Korea Utara.

Ia bertujuan memulihkan hubungan antara dua negara itu.

Minggu lalu, kedua-dua pihak mengadakan rundingan peringkat tinggi yang pertama dalam masa lebih dua tahun dengan membincangkan soal penyertaan Korea Utara dalam Sukan Olimpik Musim Dingin di Korea Selatan bulan depan.

Sebagai langkah selanjutnya, pemerintah Korea Selatan mahu menggalakkan pertukaran di peringkat orang awam dalam pelbagai bidang tanpa menjejas sekatan-sekatan antarabangsa terhadap Korea Utara.

Berkaitan hal itu, Kementerian Penyatuan Korea merancang memberi tumpuan kepada isu-isu kemanusiaan termasuk menemukan keluarga-keluarga yang terpisah akibat Perang Korea.

Kementerian Luar Korea Selatan pula mahu memulakan proses dialog antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.

Langkah itu diharap merintis jalan bagi rundingan untuk menghentikan program nuklear Korea Utara.

Sekumpulan anggota Dewan Kongres Amerika sudahpun meminta Presiden Donald Trump supaya menyambung perhubungan peringkat tentera dengan Korea Utara.

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan