Images
  • korea utara, korea selatan
    Para pemimpin Korea Utara dan Selatan bersetuju untuk berusaha ke arah perdamaian yang berkekalan dan mencapai perlucutan senjata nuklear secara sepenuhnya bagi Semenanjung Korea, April lalu. (Gambar: REUTERS)

Korea Selatan setuju hentikan latihan bersama AS demi percepat pelucutan nuklear

SEOUL: Susuli sidang Trump-Kim di Singapura, Korea Selatan dilapor sebagai menyatakan bahawa latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat mungkin perlu dihentikan demi mempercepat rundingan mengenai pelucutan nuklear Korea Utara.

Presiden Donald Trump semalam (12 Jun) membuat kenyataan mengejut bahawa beliau akan menghentikan latihan tentera dengan Korea Selatan kerana ia menelan belanja yang besar dan provokatif.

Agensi Berita Yonhap memetik jurucakap presiden sebagai berkata selagi rundingan diteruskan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara mengenai pelucutan nuklear di Semenanjung Korea, Seoul perlu menimbangkan cara-cara untuk menjayakan dialog tersebut.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok untuk membincangkan hasil sidang puncak Trump-Kim.

- REUTERS/MM/sm

Komen Anda?

Top