Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan minta 'hotline' dengan Korea Utara dibuka semula

Korea Selatan menyeru supaya dibuka semula talian perhubungan hotline antara dua negara Korea.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2017 05:17PM Dikemas Kini : 19 May 2017 02:09AM

SEOUL: Korea Selatan menyeru supaya dibuka semula talian perhubungan hotline antara dua negara Korea.

Talian perhubungan itu dipotong sejak lebih setahun lalu berikutan tindakan Korea Utara melakukan ujian-ujian nuklear dan peluru berpandu.

Talian hotline itu ditubuhkan dalam tahun 1971 di kampung sempadan Panmunjom.

Korea Selatan mahu memulihkan saluran perhubungan itu, sejajar dengan ikrar Presiden barunya, Moon Jae-in minggu lalu untuk menggunakan pendekatan serampang dua mata bagi mendorong Korea Utara supaya menghentikan program nuklearnya.

Ia meliputi dialog dengan Korea Utara dan sekatan terhadap negara itu.

Pyongyang belum memberikan reaksinya terhadap langkah Korea Selatan itu.

Namun pemerintah Korea Utara sudahpun menyatakan ia akan terus melakukan ujian peluru berpandu dan nuklear.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan