Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan mahu tamatkan Perang Korea jelang hujung 2018

Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha berkata negaranya merancang untuk menamatkan Perang Korea menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 08:25PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 11:03PM

SEOUL: Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha berkata negaranya merancang untuk menamatkan Perang Korea menjelang akhir tahun ini.

Namun beliau menambah, masa dan formatnya adalah fleksibel.

Cik Kang berkata demikian kepada para wartawan selepas perbualan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo hari ini (18 Jun).

Tambah Cik Kang, pentadbiran Trump bersedia untuk mengisytiharkan tamatnya Perang Korea secara rasmi.

Ia merupakan salah satu isu yang dipersetujui para pemimpin kedua-dua negara Korea semasa sidang pada April lalu.

Cik Kang berkata proses tersebut memerlukan rundingan dengan Pyongyang dan Washington, serta memerlukan masa dan format yang fleksibel.

Cik Kang dan Encik Pompeo juga mengesahkan penyelarasan yang rapat tentang Korea Utara semasa perbualan antara mereka. 

BIDANG SUKAN JADI WADAH PERDAMAIAN

Pada masa yang sama, sebagai membuktikan hubungan berbaik-baik antara Korea Utara dan Selatan, kedua-dua negara berkenaan juga meneruskan dialog rasmi.

Para pegawai kedua-dua negara Korea bertemu di kampung perdamaian Panmunjom pada Isnin (18 Jun).

Agenda utama adalah acara sukan yang merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.

Korea Utara dan Selatan dijangka sedang bersiap sedia bagi perbarisan bersama di majlis pembukaan Temasya Sukan Asia di Indonesia, Ogos nanti.

Rancangan untuk menyatukan pasukan bola keranjang juga dalam perbincangan.

Kedua-dua negara juga akan berbincang tentang isu-isu lain termasuk khidmat kereta api dan hubungan jalan raya dalam masa beberapa minggu.

Mesyuarat yang dirancang pada Jumaat ini akan juga mendapat perhatian ramai.

Ia akan memberi tumpuan kepada isu penyatuan keluarga, yang dirancang pada Hari Kemerdekaan, pada 15 Ogos. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan