Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kiswah baru dipamerkan pada 20 Ogos ini

Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Kiswah baru dipamerkan pada 20 Ogos ini

Kiswah disulam benang emas. (Gambar fail: Suhaib Salem/Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 09:48PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 09:52PM

MAKKAH: Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.

Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan Kilang Kiswah Dua Masjid Suci, Hisham Alaadin, berkata bahawa kos untuk membuat Kiswah tahun ini adalah 25 juta riyal (S$9.2 juta).

"Kain sutera untuk membuat Kiswah dibeli dari Itali dan kosnya meningkat disebabkan kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat dan mata wang Euro," katanya ketika ditemui oleh agensi berita Sinar Harian baru-baru ini.

Kaabah yang terletak di tengah Masjidil Haram di Makkah itu adalah kiblat atau arah semua umat Islam ketika solat.

Menurut Sinar Harian, kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam bersulam benang emas dan perak itu berukuran setinggi 14 meter dan sepanjang 47 meter.

Ia terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang memakan masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.

Sinar Harian difahamkan bahawa kiswah ditukar dua kali setahun, iaitu pada Syaaban sebelum kedatangan bulan suci Ramadan dan sekali lagi pada hari Arafah. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan