Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kini 54 maut, 39 masih hilang dalam banjir buruk Vietnam

Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban akibat banjir yang melanda kawasan utara dan tengah Vietnam minggu ini, menurut agensi pencegahan malapetaka hari ini (13 Okt). Lagi 39 pula masih hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Kini 54 maut, 39 masih hilang dalam banjir buruk Vietnam

Orang ramai menyaksikan loji janakuasa di Hoa Binh dibuka menyusuli hujan lebat di Hoa Binh. (Gambar: KHAM/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 06:05PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 06:12PM

HANOI: Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban akibat banjir yang melanda kawasan utara dan tengah Vietnam minggu ini, menurut agensi pencegahan malapetaka hari ini (13 Okt).

Lagi 39 pula masih hilang.

Banjir tersebut yang bermula Isnin lalu (9 Okt) adalah yang terburuk berlaku di Vietnam dalam masa beberapa tahun ini.

Sekitar 317 rumah musnah sama sekali dalam kejadian-kejadian tanah runtuh sementara lebih 34,000 rumah ditenggelami air.

Sejauh ini sawah-sawah padi seluas 22,000 hektar musnah dan sekitar 180,000 haiwan ternakan terkorban.

Sebelum ini bahagian tengah Vietnam dipukul ribut taufan yang menimpakan kemusnahan besar.

Banjir juga menjejas tujuh daripada 77 wilayah di Thailand, menurut kenyataan Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Thailand semalam (12 Okt).

Lebih 480,000 hektar kawasan pertanian terjejas, demikian didedahkan jabatan itu.  

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan