Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kian ramai remaja ketagih minum air tuala wanita

Tabiat gila minum air rebusan tuala wanita dikesan dalam kalangan remaja di Jakarta dan bandar sekitarnya yang ingin mencari kepuasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kian ramai remaja ketagih minum air tuala wanita

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 10 Nov 2018 11:05PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 11:12PM

JAKARTA: Tabiat gila minum air rebusan tuala wanita dikesan dalam kalangan remaja di Jakarta dan bandar sekitarnya yang ingin mencari kepuasan.

Gejala itu didapati semakin berleluasa kerana mereka yang mahukan nikmat mabuk atau khayal tidak lagi memilih arak atau dadah, sebaliknya mereka memilih tuala wanita.

Menurut laporan Tempo, produk itu direbus dan air rebusan itu kemudian diminum.

"Penagihan air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang," menurut Tempo.

Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty, berkata, idea mencari kepuasan daripada air rebusan itu berasal daripada rasa ingin tahu bagi sesetengah remaja.

"Sehinggakan, hasil penemuan kesan air itu tular dan diketahui oleh remaja lain. Mereka mencari bahan alternatif supaya mereka boleh berkhayal, tenang dan gembira," katanya.

Beliau menambah bahawa produk itu mudah diperolehi di pasaran dan tabiat tersebut sukar untuk dibendung.

Pada awal tahun ini, para penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana juga melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baru remaja di negara itu.

Namun isu mabuk bukan satu-satunya sahaja yang dibimbangi pihak berkuasa.

Menurut laporan Tempo, air rebusan itu dipercayai mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, dan butiran polimer penyerap cecair juga berbahaya jika dimasukkan ke dalam badan. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan