Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy ulas ringkas keputusan Ahmad Zahid serah tanggungjawab

"(Zahid) lakukan perkara yang betul. Terima kasih." Demikian kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin melalui kiriman tweetnya sebagai mengulas tentang keputusan Dr Ahmad Zahid.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy ulas ringkas keputusan Ahmad Zahid serah tanggungjawab

(Gambar: khairykj/Instagram)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:14PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:18PM

KUALA LUMPUR: "(Zahid) lakukan perkara yang betul. Terima kasih." Demikian kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin melalui kiriman tweetnya sebagai mengulas tentang keputusan Dr Ahmad Zahid.

Dr Ahmad Zahid semalam (18 Dis) mengumumkan timbalannya Encik Mohamad Hasan akan menjalankan tugas presiden secara serta-merta menyusuli kemelut yang melanda parti itu.

Menerusi satu kenyataan, Dr Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang ingin pimpinan melakar hala tuju sesuai dengan slogan baru "UMNO bangkit'.

"Berdasarkan kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO selepas ini.

Encik Khairy sebelum ini pernah mendesak Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur, ekoran semakin ramai Ahli Parlimen mereka bertindak meninggalkan parti itu.

Selain itu, beliau turut menggesa agar pemilihan parti baru diadakan secepat mungkin. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan