Images
  • to
    (Gambar fail: Denis Balibouse/Reuters)

Ketua WTO beri amaran bahaya ekonomi akibat perang dagang

WASHINGTON: Kesemua negara akan mengalami kerugian dalam perang perdagangan global, ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberi amaran dalam satu ucapan pada Rabu (6 Dis).

Dikritik oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Encik Roberto Azevedo akur perubahan-perubahan diperlukan namun menolak kritikan bahawa perdagangan adalah punca utama kehilangan pekerjaan.

Encik Azevedo mengalu-alukan komitmen G20 pada hujung minggu lalu di Buenos Aires untuk melakukan perubahan pada WTO supaya ia dapat menangani sistem perdagangan moden dengan lebih baik, sambil berkata, "sistem itu boleh diperbaiki lagi."

Bagaimanapun oleh kerana pentadbiran Trump sudah mengenakan tarif punitif secara agresif terhadap rakan-rakan perdagangannya terutama China, dengan matlamat mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat, Encik Azevedo berkata, "kami perlu beralih daripada idea bahawa perdagangan adalah mainan campur tolak.

Beliau turut mengalu-alukan persetujuan AS-China yang dicapai di Buenos Aires dan komitmen untuk mencapai perjanjian bagi meleraikan konflik antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Sekiranya konflik perdagangan berterusan, ia akan menjejas pemulihan ekonomi global.

"Hasilnya, dalam semua keadaan, pertumbuhan perdagangan dan ekonomi akan lebih perlahan dan kesemua negara, tanpa pengecualian, akan mengalami kerugian dalam perang perdagangan global, menurut Azevedo.

Amaran sama yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

- AFP/NA/na

Top