Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Menteri Pulau Pinang bayangkan Pengerusi DAP sebagai penggantinya

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow akan menggantikannya jika beliau disabitkan kesalahan terhadap kes rasuah yang dihadapinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Menteri Pulau Pinang bayangkan Pengerusi DAP sebagai penggantinya

Menteri Kewangan Lim Guan Eng. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 08:06AM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 08:18AM

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow akan menggantikannya jika beliau disabitkan kesalahan terhadap kes rasuah yang dihadapinya.

"Kita akan lawan sampai habis. Kita tahu dia (Barisan Nasional) sasar saya.

"Kalau Lim Guan Eng tak ada, Chow Kon Yeow ada. Kita sedia korbankan diri kerana kita mahu selamatkan Malaysia," katanya ketika berucap di majlis sambutan 10 tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Padang Kota Lama, Ahad malam (11 Mac).

Turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pakatan Harapan.

Perbicaraan kes rasuah Encik Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Encik Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya dan isterinya, Cik Betty Chew, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan bagi dirinya dengan membeli sebuah rumah dari Phang dengan harga RM2.8 juta (S$940,000) iaitu di bawah harga pasaran RM4.27 juta (S$1.4 juta) pada 28 Julai 2015.

Encik Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan ketua menteri itu bagi mendapatkan rumah untuk beliau (Guan Eng) di Jalan Pinhorn, dengan harga RM2.8 juta iaitu tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta. 

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan