Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Menteri mahu bangunkan Sabah jadi seindah S'pura

“Hasrat saya besar, saya mahu, kalau boleh, Sabah seindah Singapura atau Dubai,” kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Menteri mahu bangunkan Sabah jadi seindah S'pura

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 20 Jan 2018 10:49PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 10:51PM

KOTA MARUDU, SABAH: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berhasrat menjadikan Sabah seindah Singapura dan Dubai menerusi beberapa perancangan dan perubahan baru termasuk Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED).

Beliau berkata pembangunan TAED dapat mencantikkan dan mengubah lagi wajah bandar raya Kota Kinabalu, sebagai ibu negeri Sabah, menerusi pembinaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa serta pelbagai kemudahan lain.

“Hasrat saya besar, saya mahu, kalau boleh, Sabah seindah Singapura atau Dubai,” katanya ketika berucap pada perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau di sini, hari ini (20 Jan).

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Tan Sri Musa berkata kerajaan Pusat turut memberi sokongan kepada kerajaan negeri dengan memberi peruntukan sebanyak RM500 juta (S$170 juta) bagi menjayakan pembangunan itu di Sabah.

TAED merupakan projek mega yang dilaksana dan diselia oleh Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah. Projek itu dijangka siap pada 2019.

Sementara itu, Tan Sri Musa berkata pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), yang dijangka siap akhir pada tahun ini, berupaya menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu sekaligus memacu pembangunannya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan