Images
  • jaoan
    (Gambar: AFP/JIJI PRESS)

Kesemua 9 orang yang naiki pesawat yang terhempas disahkan mati

JEPUN: Di Jepun, kesemua sembilan orang disahkan mati apabila sebuah helikopter yang mereka dinaiki terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Gunma, di bahagian tengah negara itu semalam (10 Ogos).

Nahas berlaku semasa helikopter penyelamat itu sedang melakukan pemeriksaan terhadap laluan di sebuah gunung yang bakal dibuka kepada orang ramai.

Kesemua mangsanya adalah pegawai pengurusan bencana, anggota bomba serta juruterbang dan mekanik penerbangan.

Punca nahas itu masih belum diketahui.

Namun para saksi berkata helikopter berkenaan terbang terlalu rendah dan ada bunyi aneh pada enjinnya.

Gambar-gambar yang disiarkan di televisyen Jepun menunjukkan helikopter yang musnah itu dikelilingi oleh pokok. Pihak pemerintah sudahpun mengerahkan para penyiasat ke tempat kejadian.

Helikopter Bell 412 meninggalkan pangkalannya pada pagi Jumaat (10 Ogos) bagi penerbangan selama dua jam untuk memantau laluan-laluan pendakian dari udara bagaimanapun gagal pulang dan putus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara.  

- CNA/MU/na

Top