Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pembunuhan Altantuya dibuka semula

Polis Malaysia akan membuka semula siasatan kes pembunuhan Peragawati Mongolia Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:18PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 09:19PM

MALAYSIA: Polis Malaysia akan membuka semula siasatan kes pembunuhan Peragawati Mongolia Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu.

Ketua Polis Mohammad Fuzi Harun dilaporkan berkata bahawa
siasatan akan dijalankan berdasarkan laporan polis yang lama
dan laporan baru yang dibuat oleh bapa mendiang Setev Shaariibuu di sebuah balai polis di KL pada Rabu (20 Jun).

Menurutnya, hasil siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 2006, Altantuya ditembak mati dan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan gred tentera di Shah Alam.

Dua bekas pegawai polis telah disabit kesalahan kerana membunuh wanita itu namun motifnya masih belum diketahui.

Salah seorang bekas pegawai polis itu telah melarikan diri ke Australia.

Bapa mendiang Altantuya memberitahu media semalam, beliau ingin tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan anaknya dan apakah motifnya. 

Sumber : Bernama/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan