Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes bunuh kucing: 2 lelaki ditahan

Dua daripada tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi ditahan di dua lokasi di Gombak awal pagi tadi (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh kucing: 2 lelaki ditahan

Rakaman CCTV menunjukkan tiga suspek melakukan tindakan kejam itu.

Diterbitkan : 14 Sep 2018 02:54PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 02:59PM

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi ditahan di dua lokasi di Gombak awal pagi tadi (14 Sep).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kedua-dua lelaki yang masing-masing berumur 26 dan 40 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam. Mereka direman empat hari bermula hari ini (14 Sep).

“Bagaimanapun, seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis,” kata ACP Samsor Maarof.

Polis sebelum ini mencuba untuk mengesan tiga lelaki dipercayai warga tempatan bagi menyelesaikan kes mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan berkaitan membunuh binatang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai dobi Taman Gombak Ria, Selasa lalu (11 Sep) tular menunjukkan dua lelaki memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian pada sekitar 12.00 tengah malam sebelum bangkai kucing itu ditemukan berlumuran darah dalam mesin berkenaan.

Pihak polis bagaimanapun mengesahkan terdapat individu ketiga dalam CCTV itu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan