Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta api laju Korea tergelincir dari landasan

Sebuah kereta api laju KTX menuju ke Seoul tergelincir dari landasan tidak lama setelah ia berlepas dari Gangneung hari ini (8 Dis). Agensi berita Yonhap Korea Selatan melaporkan terdapat 198 penumpang dalam kereta api tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta api laju Korea tergelincir dari landasan

Kereta api laju Korea. (Gambar fail: @zumizumy/Twitter)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 12:36PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 12:50PM

SEOUL: Sebuah kereta api laju KTX menuju ke Seoul tergelincir dari landasan tidak lama setelah ia berlepas dari Gangneung hari ini (8 Dis). Agensi berita Yonhap Korea Selatan melaporkan terdapat 198 penumpang dalam kereta api tersebut.

Tiada kematian dilaporkan tetapi 14 penumpang cedera ringan dan dikejarkan ke hospital-hospital berdekatan.

Seorang pegawai dari Korea Railroad Corp (KORAIL) berkata kereta api itu berlepas dari bandar yang terletak 237 km dari timur Seoul, dan tergelincir ketika menghampiri Stesen Jinbu pada sekitar 7.35 pagi.

Kereta api itu tergelincir dari landasan hanya sekitar lima minit selepas memulakan perjalanan, kata seorang penumpang.

Hampir kesemua sepuluh gerabak kereta api itu tergelincir namun punca di sebalik insiden itu belum lagi dipastikan. KORAIL menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Kereta api tersebut seharusnya tiba di Seoul pada 9.30 pagi. Para penumpang dipindahkan ke stesen-stesen lain dengan menaiki bas.

KORAIL menambah, khidmat kereta api lain beroperasi seperti biasa dari Seoul ke Jinbu.

"Saya sedang dalam perjalanan dari Gangneung ke PyeongChang dalam gerabak nombor enam. Tidak lama selepas kereta api bergerak, ia tergelincir dan ada bunyi kuat," kata seorang penumpang berusia 22 tahun.

"Kereta api mungkin tergelincir sekitar 50 meter, dan saya dapat mendengar bunyi keretapi yang bergeser dengan ketulan-ketelun batu."

Beliau selanjutnya berkata bahawa penumpang lain berpaut kepada kerusi-kerusi dan ada juga yang menjerit semasa kemalangan berlaku.

"Selepas kami turun dari kereta api, kami perlu menunggu sekitar 50 minit," tambah penumpang tersebut. "Saya melihat seorang wanita tua berdarah di kepalanya."  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan