Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Perak sedia bantu pusat tahfiz Ustaz Kazim Elias yang sebelum ini mahu dijual

“Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat menyebarkan fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampunan dan petunjuk dari Allah SWT,” katanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Perak sedia bantu pusat tahfiz Ustaz Kazim Elias yang sebelum ini mahu dijual

Ustaz Kazim Elias. (Gambar fail: Facebook/Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 10:17PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 10:24PM

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia memberi komitmen untuk membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan dan dikendalikan oleh penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias di Manjoi, berikutan kekangan kewangan yang dihadapi pusat berkenaan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan pusat pendidikan itu untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi membolehkannya terus beroperasi seperti biasa.

“Untuk makluman, pihak kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai kekangan dana yang dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehinggalah isu berkenaan dilaporkan oleh pihak media dan ditularkan di media sosial.

Bagaimanapun, saya komited untuk membantu pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah demi kepentingan para pelajar dan para kakitangannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini (11 Jul).

Beliau juga menyambut baik keputusan Ustaz Mohd Kazim untuk menangguhkan cadangan penjualan Unit Tahfiz Al-Quran di pusat pendidikan berkenaan sementara mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri demi kemashlahatan ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat itu.

TIADA ARAHAN HARAMKAN USTAZ KAZIM BERCERAMAH

Dalam pada itu, Encik Ahmad Faizal menegaskan kerajaan negeri tidak pernah sama sekali, secara langsung atau tidak langsung mengeluarkan arahan mengharamkan Ustaz Mohd Kazim dari berceramah seperti dakwaan yang tular di laman sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat menyebarkan fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampunan dan petunjuk dari Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Ustaz Mohd Kazim berkata keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz akan diumumkan pada Ogos nanti sementara mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan