Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Pakatan Harapan perlu kaji semula sebahagian janji manifesto, tegas Dr Mahathir

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Pakatan Harapan perlu kaji semula sebahagian janji manifesto, tegas Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 10:48PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 10:49PM

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata sekiranya sebahagian janji tersebut dilaksanakan, ia akan mendatangkan kerugian besar kepada Malaysia kerana negara itu kini sedang berdepan pelbagai masalah yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini.

“Sebab itu kita perlu kaji semula janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14).

“Tapi sekarang kita menang, jadi sekarang sekatan-sekatan itu terkena kepada kita,” kata beliau semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini (14 Sep).

Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada janji-janji yang akan dikaji semula itu merujuk kepada 10 janji dalam 100 hari atau keseluruhan yang terkandung di dalam manifesto.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Bersatu sedang menjalani proses penyusunan selaras dengan ketetapan dalam perlembagaannya bagi menghadapi mesyuarat agung yang akan diadakan pada September depan.

Menurut beliau, penyusunan itu termasuk penubuhan cawangan yang akan didaftar supaya setiap daripadanya dapat menghantar wakil ke mesyuarat bahagian.

“Seterusnya mesyuarat di peringkat bahagian dapat menghantar wakil ke mesyuarat agung,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga menambah bahawa Bersatu akan memulakan penubuhan bahagiannya di Sarawak secepat mungkin. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan