Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia salur bantuan RM1.5 juta kepada mangsa gempa Indonesia

Kerajaan Malaysia sudah menyalurkan bantuan RM1.5 juta (S$497,000) bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi dan Lombok, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia salur bantuan RM1.5 juta kepada mangsa gempa Indonesia

Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: MOHD RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 09:03PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 09:10PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sudah menyalurkan bantuan RM1.5 juta (S$497,000) bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi dan Lombok, Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pula sudah mengumpul RM5.4 juta (S$1.8 juta) hasil sumbangan orang awam dan syarikat korporat untuk disalurkan kepada mangsa tragedi itu.

“Kita lihat sumbangan ini memang menolong kerana lepas bencana...untuk membina keluarga dan mencari mangsa dan sekarang ini banyak masalah seperti penyakit malaria dan membina semula rehabilitasi mesti diambil kira,” katanya kepada para wartawan di lobi Parlimen, hari ini (16 Okt).

Indonesia katanya amat menghargai sumbangan daripada kerajaan dan rakyat negara itu.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Johor berjumlah RM315,000 (S$104,000) sebagai bantuan kepada Indonesia. Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Johor Encik Osman Sapian.

Dalam pada itu, Encik Osman berkata bantuan itu diharap dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan.

“Jumlah sumbangan ini tak besar, ini sebagai tanda simpati kepada negara jiran,” katanya.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami itu setakat ini sudah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terjejas akibat tragedi berkenaan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan