Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia kaji projek jambatan bengkok

Kerajaan Malaysia sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan pembinaan semula jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia kaji projek jambatan bengkok

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 04:10PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 06:58PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan pembinaan semula jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura.

Menteri Kerja Raya Malaysia, Baru Bian berkata keputusan lanjut berhubung pelaksanaan projek berkenaan hanya akan dibuat selepas kajian berkenaan selesai dijalankan.

"Kita tak boleh kata ia okay atau tidak okay (dilaksanakan). Saya rasa setiap projek, kita perlu lakukan kajian kebolehlaksanaan dan kemudian, kita akan buat keputusan dari situ.

"Memandangkan kajian sedang berjalan, jadi saya rasa kita tunggu dulu (hasil kajian) siap dan mencadangkan langkah seterusnya," katanya ketika ditemui para wartawan di lobi Parlimen Malaysia hari ini (18 Okt).

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak tahun 1923. Jambatan Bengkok dilihamkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pembinaan jambatan bengkok tersebut dilakukan selepas Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung antara kedua-dua negara.

Projek itu dibatalkan pada tahun 2006 ketika era Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri negara itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan