Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan M'sia bebaskan tahanan Uighur atas "dasar kemanusiaan"

Malaysia membebaskan 11 tahanan muslim berketurunan etnik Uighur yang melarikan diri dari pusat tahanan di Selatan negara Thailand tahun lalu kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad hari ini (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan M'sia bebaskan tahanan Uighur atas "dasar kemanusiaan"

Perdana Menteri M'sia Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media bersama Encik Li Keqiang di Beijing pada Ogos 2018. (Gambar fail: How Hwee Young/AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 05:13PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 05:16PM

KUALA LUMPUR: Malaysia membebaskan 11 tahanan muslim berketurunan etnik Uighur yang melarikan diri dari pusat tahanan di Selatan negara Thailand tahun lalu kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad hari ini (15 Okt).

Reuters, menukil para peguam, melaporkan minggu lalu bahawa Malaysia memutuskan untuk menolak permintaan China supaya 11 tahanan itu diserahkan ke Beijing dan sebaliknya membebaskan mereka dari pusat tahanan lalu menghantar mereka ke Turki.

"Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di negara ini, jadi mereka dibebaskan," kata Dr Mahathir semasa mengulas berkaitan isu ini buat pertama kalinya sejak mereka dibebaskan.

Langkah Malaysia berkemungkinan akan membuat hubungan dua hala antaranya dengan China menjadi semakin tegang. Sebelum ini, Dr Mahathir membatalkan projek-projek yang bernilai lebih AS$20 bilion (S$27 bilion) dengan syarikat-syarikat China.

China, yang meminta tahanan-tahanan tersebut diekstradisi ke negaranya, menyatakan pada Jumaat (12 Okt) bahawa ia "dengan tegas" membantah keputusan Malaysia untuk membebaskan 11 Muslim Uighur itu dan menghantar mereka ke Turki.

Pihak pendakwa raya Malaysia menarik balik pertuduhan-pertuduhan ke atas mereka atas dasar kemanusiaan, menurut peguam yang mewakili muslim Uighur itu.

Mereka sebelum ini ditahan dan didakwa kerana memasuki Malaysia secara haram selepas melarikan diri dari penjara pada November lalu, di mana mereka menebuk lubang dinding tahanan dan menggunakan selimut sebagai tangga untuk memanjat keluar.

Reuters melaporkan pada Februari bahawa Malaysia di bawah tekanan hebat dari Beijing yang menggesa 11 tahanan itu diekstradisi ke China. Beberapa perwakilan Barat mencuba untuk meyakinkan Malaysia supaya tidak memenuhi permintaan China, yang dipercayai menganiaya kaum Uighur.

Beijing menuduh anasir-anasir pemisah dalam kalangan kaum minoriti Uighur sebagai mencuba melancarkan serangan terhadap kaum majoriti di barat wilayah Xinjiang dan beberapa tempat lain.

China dituduh menyalahgunakan haknya di Xinjiang, menyeksa tahanan Uighur dan melaksanakan kawalan ketat ke atas agama dan budaya mereka. Ia bagaimanapun menafikan segala tuduhan itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, beratus-ratus, dan mungkin beribu-ribu, kaum Uighur melarikan diri dengan melalui Asia Tenggara untuk ke Turki.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan