Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenderaan S'pura perlu bayar saman sebelum boleh keluar M'sia?

Seorang Senator di Malaysia, Rabiah Ali, kini mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara sebelum menjelaskannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan S'pura perlu bayar saman sebelum boleh keluar M'sia?

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 11:31PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 11:34PM

KUALA LUMPUR: Seorang Senator di Malaysia, Rabiah Ali, kini mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara sebelum menjelaskannya.

Anggota Dewan Negara itu berkata langkah itu bertujuan mengekang kegiatan menjadikan lebuh raya dalam negara sebagai tempat "menguji" kelajuan kenderaan mereka.

“Masalah lumba haram dan memandu kereta secara melulu oleh pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura menjadi satu ancaman yang sukar untuk kita selesaikan.

"Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Johor Bahru ke Melaka menjadi litar ujian kenderaan mewah mereka hampir setiap minggu," kata Cik Rabiah ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 hari ini (4 Dis).

Cik Rabiah seterusnya berkata saman kompaun trafik ke atas kenderaan asing perlu dinaikkan ke satu jumlah yang maksimum dan kenderaan ini seharusnya dilarang meninggalkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) selagi saman tidak dijelaskan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan