Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemunculan M'sia yang baru sama seperti keruntuhan Tembok Berlin

Encik Lim juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka mengadakan perbincangan yang berhasil untuk memperluaskan pendidikan vokasional Jerman di Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kemunculan M'sia yang baru sama seperti keruntuhan Tembok Berlin

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 11:55PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 11:59PM

KUALA LUMPUR: Kemunculan Malaysia yang baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei adalah sama dengan keruntuhan Tembok Berlin di Jerman. Ini menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff hari ini (13 Jun).

Ini adalah cara terbaik “untuk menerangkan kepada rakan-rakan kita di Jerman yang tidak faham mengapa Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri yang baharu,” kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebook hari ini (13 Jun).

Terdahulu, Encik Lambsdorff melakukan kunjungan hormat ke atas Encik Lim di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Encik Lim juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka mengadakan perbincangan yang berhasil untuk memperluaskan pendidikan vokasional Jerman di Malaysia. 

“Sebuah Malaysia baharu menandakan bab baharu dalam sejarah Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, 2018. 

Kemenangan  yang menakjubkan oleh Pakatan Harapan menamatkan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun.

Sumber : Bernama/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan