Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga mangsa pesawat QZ8501 masih ragu-ragu dengan tawaran pampasan awal AirAsia

AirAsia Indonesia telah menawarkan pampasan awal bernilai 24 ribu dolar Amerika bagi setiap penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga mangsa pesawat QZ8501 masih ragu-ragu dengan tawaran pampasan awal AirAsia

Sebuah pesawat AirAsia. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 07 Jan 2015 09:43AM Dikemas Kini : 08 Jan 2015 02:43AM

INDONESIA: AirAsia Indonesia menawarkan pampasan awal bernilai 24 ribu dolar Amerika bagi setiap penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa.

Bagaimanapun, kebanyakan keluarga mangsa masih ragu-ragu mengenai kesahihan tawaran itu dan agak keberatan untuk menerimanya.

Menurut undang-undang Kementerian Pengangkutan Indonesia, keluarga mangsa layak menerima bayaran insurans bernilai hampir 100 ribu dolar Amerika.

Penguasa Khidmat Kewangan memberi jaminan kepada para keluarga mangsa bahawa tuntutan insurans tetap akan dibuat, meskipun syarikat penerbangan itu sedang disiasat oleh Kementerian Pengangkutan bagi menentukan sama ada pesawat QZ8501 telah melakukan penerbangan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

AirAsia Indonesia bagaimanapun menegaskan bahawa tawaran pampasan awal itu adalah satu tanda muhibah dan pampasan itu merupakan sebahagian daripada pampasan keseluruhan yang bakal diberikan kepada keluarga mangsa.

Sumber : Agensi berita/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan