Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelantan sangkal dakwaan banjir besar akibat pembalakan

Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelantan sangkal dakwaan banjir besar akibat pembalakan

Pemandangan dari udara menunjukkan keadaan banjir di Pengkalan Chepa, Kota Bharu di Kelantan, Malaysia, pada 29 Disember, 2014. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 04 Jan 2015 03:55PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 04:04PM

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebaliknya ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Disember lalu.

"Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

"Apa yang berlaku hujan lebat selama tiga hari itu telah mencatatkan taburan hujan yang tertinggi iaitu 1,295mm, yang bersamaan bagi taburan hujan selama 64 hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Datuk Ahmad berkata tuduhan itu disifatkan sebagai ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.

"Ini adalah kekuasaan Allah Ta'ala yang telah menurunkan hujan pada kadar yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

"Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini," katanya.

Beliau berkata dalam fasa banjir ini , emua pihak perlu membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa banjir yang kehilangan rumah dan keperluan asas mereka.  

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan