Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kekurangan dalam bayaran balik GST tidak dilaksanakan sejak 1 April

Encik Lim berkata Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei, 2018, sementara beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan pada 21 Mei 2018. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kekurangan dalam bayaran balik GST tidak dilaksanakan sejak 1 April

Gambar fail Encik Lim Guan Eng. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 09:49PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 09:53PM

KUALA LUMPUR: Kekurangan RM18 bilion (S$6 bilion) dalam bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilakukan dalam masa sebulan, tetapi ia tidak dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 1 April 2015, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Encik Lim berkata Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018, sementara beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan pada 21 Mei 2018. 

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri membelanjakan RM18 bilion (S$6 bilion) dalam masa tiga minggu atau beliau selaku Menteri Kewangan menghabiskan wang itu dalam masa 10 hari seperti didakwa mantan Perdana Menteri Najib Razak.

“Tambahan pula, kekurangan RM18 bilion (S$6 bilion) ini dicatatkan sehingga 31 Mei 2018. 

“Bolehkah Encik Najib membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan Pakatan Harapan sudah membelanjakan RM18 bilion (S$6 bilion) dalam masa tiga minggu sahaja, sedangkan undang-undang yang diperlukan untuk membuat bayaran balik adalah dalam masa dua minggu?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (11 Ogos). 

Encik Lim turut mempersoalkan sama ada Encik Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, sudah memberikan kuasa penuh kepada Encik Mohd Irwan Siregar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, untuk tidak memasukkan RM18 bilion (S$6 bilion) ke dalam Akaun Amanah Bayaran Balik GST. 

“Jika Encik Irwan menafikan bahawa wang bayaran balik GST itu hilang, mengapa pembayar cukai masih lagi tidak menerima bayaran balik dan antaranya sudah menunggu sehingga tiga tahun?” katanya. 

Pada Jumaat (10 Ogos), Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Encik Subromaniam Tholasy mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sudah memohon RM82.9 bilion (S$28 bilion) untuk dimasukkan ke dalam Tabung Amanah GST semasa mesyuarat bulanan jawatankuasa Tabung Amanah yang dipengerusikan oleh Irwan sejak 2015. 

Ini tidak dilaksanakan oleh Encik Irwan walaupun JKDM sudah menuntut ketika mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Encik Irwan.

Beliau berkata laporan penuh siasatan dalaman yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu, Encik Ismail Bakar akan disiapkan secepat mungkin, diikuti dengan cadangan kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk melaksanakan siasatan terbuka yang diketuai oleh ahli profesional.

Encik Lim berkata bahawa Kementerian Kewangan akan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat isu itu.

Menurut laporan, Encik Najib menafikan bahawa pentadbirannya sudah menyalahgunakan kredit cukai input RM18 bilion (S$6 bilion) di bawah GST dan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan mungkin sudah membelanjakan wang itu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan