Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai-kedai Paris, mercu tanda ditutup sedang kebimbangan bantahan ganas meningkat

Menara Eiffel, muzium Louvre dan banyak kedai di Champs-Elysees akan ditutup sedang pihak berkuasa memberi amaran pada Khamis (6 Dis) bahawa keganasan akan tercetus lagi hujung minggu ini dalam bantahan-bantahan yang mencapai tahap krisis terbesar di bawah kepimpinan Presiden Emmanuel Macron. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 08:53AM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 12:10AM

PARIS: Menara Eiffel, muzium Louvre dan banyak kedai di Champs-Elysees akan ditutup sedang pihak berkuasa memberi amaran pada Khamis (6 Dis) bahawa keganasan akan tercetus lagi hujung minggu ini dalam bantahan-bantahan yang mencapai tahap krisis terbesar di bawah kepimpinan Presiden Emmanuel Macron.

Pemerintah Perancis sedang berusaha untuk menghalang perbuatan membakar kereta lagi Sabtu ini, selain pertempuran antara anggota polis dengan para penunjuk perasaan 'jaket kuning' yang marah dengan kos kehidupan yang semakin meningkat yang mereka percaya disebabkan kadar cukai yang tinggi.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri Perancis memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk menghadapi "keganasan yang signifikan" pada Sabtu (8 Dis), berdasarkan tanda-tanda bahawa para penunjuk perasaan dari kumpulan berhaluan kanan dan kiri ekstrim merancang untuk berhimpun di ibu kota itu pada hujung minggu ini.

Para pegawai bimbang bahawa anggota samseng akan ikut serta dan melakukan rusuhan dan penjarahan, seperti yang dipercayai berlaku hujung minggu lalu.

Perdana Menteri Edouard Phillippe mengatakan bahawa 8,000 anggota polis akan dikerahkan di Paris di samping puluhan kenderaan berperisai bagi mengawal orang ramai sebagai sebahagian daripasa langkah-langkah "khas" untuk mengawal risiko keganasan.

Bercakap dalam satu wawancara televisyen, beliau juga menekankan lagi rayuan supaya orang ramai bertenang dan pemerintah Perancis katanya, bersedia mempertimbangkan "sebarang langkah yang akan membenarkan kami meningkatkan kuasa perbelanjaan".

Di merata negara sekitar 89,000 anggota polis akan dikerahkan, lebih ramai berbanding 65,000 hujung minggu lalu, ketika bandar Paris menyaksikan pergolakan.

Sejauh ini, gerakan 'jaket kuning' tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa ia akan berhenti, meskipun pemerintah Perancis sudah menangguhkan kenaikan cukai minyak kepada Januari, salah satu daripada tuntutan utama para pemberontak.

Polis juga menggesa para peniaga di kawasan Champs-Elysees supaya menutup kedai dan restoran mereka, melindungi tingkap-tingkap yang terdedah dan memindahkan sebarang perabot di luar termasuk meja dan kerusi.

Langkah tersebut besar kemungkinan mengakibatkan kerugian bernilai ribuan euro kerana para pelancong dan warga tempatan akan mengelak daripada mengunjungi kawasan tersebut untuk hujung minggu kedua berturut-turut pada musim cuti ini. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan