Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai-kedai di Makkah dilarang jual cenderamata Masjidil Haram, Kaabah

Kementerian Perniagaan dan Pelaburan meneruskan kempennya di Makkah bagi melarang penjualan cenderamata Kaabah, Makam Nabi Ibrahim dan Masjidil Haram demi “memelihara kesuciannya”. Sebilangan kedai dimaklumkan tentang larangan tersebut menerusi kunjungan-kunjungan pemeriksaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai-kedai di Makkah dilarang jual cenderamata Masjidil Haram, Kaabah

Kaabah di Makkah. (Gambar fail: AFP/MOHAMMED AL-SHAIKH)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 12:12AM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 12:17AM

MAKKAH: Kementerian Perniagaan dan Pelaburan meneruskan kempennya di Makkah bagi melarang penjualan cenderamata Kaabah, Makam Nabi Ibrahim dan Masjidil Haram demi “memelihara kesuciannya”. Sebilangan kedai dimaklumkan tentang larangan tersebut menerusi kunjungan-kunjungan pemeriksaan.

Menurut sumber di jabatan Kementerian Perniagaan dan Pelaburan di Makkah, cenderamata-cenderamata dan barangan-barangan antik Masjidil Haram dirampas. Beberapa kedai yang melanggar peraturan tersebut dimaklumkan tentang akibat daripada perbuatan itu, bagi memelihara kesucian tempat-tempat sedemikian.

Kebanyakan pertubuhan komersil seumpama itu bekerjasama dengan kilang antarabangsa untuk menjual cenderamata Kaabah dan Makam Nabi Ibrahim kerana ia membawa keuntungan.

Ahli ekonomi yakin sektor barangan antik dan hadiah di Makkah dan Madinah akan menjana peluang pekerjaan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ini kerana adanya peluang melakukan pengeluaran secara berskala besar.

CENDERAMATA YANG ADA GAMBAR KAABAH, MASJIDIL HARAM DIANGGAP SALAH

Ali Al-Twaim, profesor sistem guaman Islam, memberitahu Arab News bahawa menjual cenderamata yang mengandungi gambar Kaabah dan Masjidil Haram adalah penghinaan ke atas kesucian dan adalah amalan yang salah.

Beliau menekankan “cenderamata sebegini mesti mengambil kira kesucian dan penghormatan yang diberi Allah ke atas tempat-tempat ini, lebih-lebih lagi ia mungkin akan diletakkan di tempat-tempat yang tidak sesuai.”

“Banyak cenderamata tidak mencerminkan tahap kasih sayang pada tempat-tempat itu. Bagaimanapun, sebilangan jemaah umrah dan haji, dan pelawat yang benar-benar berminat dengan apa saja yang dijual di Makkah. Tidak kira sama ada Kaabah, Makan Nabi Ibrahim atau Masjidil Haram,” jelas Encik Ali kepada Arab News.

Dari segi ekonomi, Abdel Moneim Bukhari, pemilik Penubuhan Al Meawiah bagi Barangan Antik dan Hadiah, yakin bahawa replika sedemikian adalah cenderamata yang banyak disimpan dan mengekalkan semacam hubungan dengan tempat-tempat suci itu.

TAPI ADA KESAN POSITIF KEPADA GDP

Encik Abdel mengatakan “jemaah umrah dan haji, seperti pelancong lain di seluruh dunia, mahu membawa pulang cenderamata atau hadiah yang mengingatkan mereka tentang Makkah.”

Beliau juga berkata kepada Arab News barangan seumpama itu memiliki kesan ekonomi yang positif kepada GDP. “Banyak produk yang diimport dari beberapa negara seprti China, India, Taiwan dan Pakistan. Ia harus bermutu tinggi dan mencapai piawai yang terhormat,” kata Encik Abdel.

Beliau mengatakan apa saja dari Makkah harus dibuat di Makkah dan menyokong ekonomi haji dan umrah. “Salah satu tunggak Wawasan 2030 termasuk meningkatkan jumlah jemaah umrah dan haji kepada 30 juta menjelang 2030.”

Encik Abdel juga berkata banyak sektor ekonomi akan menyesuaikan keadaan dengan cabaran pada tahap ini, yang bermakna tuntutan haji dan umrah serta keperluan mereka adalah penting dari segi perumahan, hotel, cara kehidupan, pengangkutan, industri barangan antik dan hadiah.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan