Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keahlian anggota UMNO, Anina Saadudin, digugurkan

Keahlian seorang anggota wanita UMNO digugurkan berkuatkuasa hari ini (2 September) menyusuli tindakannya memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Keahlian anggota UMNO, Anina Saadudin, digugurkan

Anina Saadudin. (Gambar: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 02 Sep 2015 03:42PM Dikemas Kini : 02 Sep 2015 04:02PM

KUALA LUMPUR: Keahlian seorang anggota wanita UMNO digugurkan berkuatkuasa hari ini (2 September), menyusuli tindakannya memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Astro Awani.

Minggu lalu, Anina Saadudin, ahli UMNO cawangan Padang Matsirat memfailkan saman itu dalam usaha mendapatkan kembali derma politik bernilai jutaan dolar yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri itu.

Menurut laporan Astro Awani, tindakan Cik Anina disifatkan sebagai melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyatakan Fasal 20.7 itu menjelaskan mana-mana ahlinya yang membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti, akan digugurkan keahliannya.

Beliau ditukil Astro Awani sebagai berkata, "tindakan Cik Anina membawa perkara parti ke mahkamah, mengakibatkan keahlian di dalam parti gugur dengan sendirinya."

Cik Anina sebelum ini juga melemparkan kritikan pedas terhadap Datuk Seri Najib dalam ucapannya di sebuah perhimpunan UMNO.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan