Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kawasan ‘kaki ponteng’ puasa akan diserbu

Pejabat Agama Islam Baling bersiap sedia melakukan serbuan di beberapa kawasan tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan ‘kaki ponteng’ puasa akan diserbu

Muslims menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Jamek Kuala Lumpur. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 08:51AM Dikemas Kini : 07 May 2018 11:48PM

BALING: Pejabat Agama Islam Baling bersiap sedia melakukan serbuan di beberapa kawasan tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan akan datang.

Pegawai Agama Islam daerah Baling, Mohamad Naem Awang berkata, beberapa kawasan tumpuan sekitar Baling sudahpun dikenal pasti, menurut laman Astro Awani.

Menurut beliau, pihaknya juga akan sentiasa melakukan pemantauan sepanjang Ramadan.

“Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” kata Encik Mohamad Naem, ditukil Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Surau Al- Mukhlisin serta Ceramah Israk dan Mikraj di Sekolah Kebangsaan Seri Jemerli, di sini semalam.

Menurutnya, sebagai umat Islam, seseorang itu tidak wajar mengabaikan perintah agama.

“Ia peraturan daripada Allah, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.

“Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” kata beliau lagi. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan