Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam Sabah rampas 8,000kg sisik tenggiling bernilai RM100 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan satu percubaan menyeludup keluar sekitar 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta (S$32 juta) dalam satu rampasan di Pelabuhan Sepanggar akhir bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam Sabah rampas 8,000kg sisik tenggiling bernilai RM100 juta

Gambar hiasan rampasan sisik tenggiling. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 02:58PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 03:03PM

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan satu percubaan menyeludup keluar sekitar 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta (S$32 juta) dalam satu rampasan di Pelabuhan Sepanggar akhir bulan lalu.

Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata sisik tenggiling terbabit yang dirampas pada 29 Julai lalu, dipercayai untuk dieksport ke China.

“Berdasarkan hasil risikan, kami telah membuat pemeriksaan terhadap dua kontena yang didaftarkan berisi cengkerang untuk dieksport ke negara berkenaan.

“Namun hasil pemeriksaan itu kita mendapati sebanyak 226 guni berisi kira-kira 8,000 kg sisik tenggiling dimuatkan di dalam kedua-dua kontena berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini (11 Ogos).

Beliau berkata menyusuli rampasan itu juga pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemilik syarikat yang cuba menyeludup keluar sisik tenggiling tersebut.

Encik Janathan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana cuba menyeludup keluar barang larangan yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali nilai barangan atau maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sisik tenggiling dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 kecuali dengan permit.

Beliau juga tidak menolak sisik tenggiling tersebut dibawa masuk ke Sabah dari negara jiran melalui jalan tikus.

“Kita anggarkan 8,000 kg sisik tenggiling itu diperoleh daripada 16,000 ekor tenggiling dan dengan jumlah sebesar itu kita tidak pasti sama ada ia diperoleh di Sabah kerana saiz hutan di Sabah tidak memungkinkan terdapat sebegitu banyak tenggiling,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan