Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam M'sia sahkan bayaran balik GST kurang RM19 bilion

JKDM mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion (S$27.9 bilion) tidak dibayar sepenuhnya

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam M'sia sahkan bayaran balik GST kurang RM19 bilion

Gambar fail ringgit Malaysia. (Gambar: AFP/TENGKU BAHAR)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 09:53PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 09:56PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion (S$27.9 bilion) tidak dibayar sepenuhnya, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, kata ketua pengarah JKDM, T Subromaniam, dari April 2015 hingga hujung Mei 2018, hanya RM63.9 bilion (S$21.5 bilion) bayaran yang sudahpun dipindahkan.

"JKDM ada menuntut RM82.9 bilion (S$27.9 bilion) daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

"Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion (S$6.5 bilion)," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini (10 Ogos).

Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan berkenaan, tambah beliau, dipengerusikan oleh ketua setiausaha perbendaharaan Malaysia.

Menurut Malaysiakini, kenyataan itu dibuat dua hari selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa bahawa RM18 bilion daripada RM19.4 bilion (S$6.05 bilion) bayaran balik GST 'dirompak' pentadbiran kerajaan BN.

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara Irwan Serigar Abdullah menafikan sebarang dana diseleweng dan sudah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pagi tadi, lapor Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan