Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal cari MH370 kini di selatan Lautan Hindi

Kapal Seabed Constructor milik syarikat Eksplorasi dasar laut Ocean Infinity Limited yang diberi tanggungjawab dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kini berada di selatan Lautan Hindi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal cari MH370 kini di selatan Lautan Hindi

Gambar fail seorang lelaki berjalan di hadapan lukisan dinding pesawat Malaysia Airlines MH370 di Shah Alam. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 09:41AM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:43AM

BENTONG: Kapal Seabed Constructor milik syarikat Eksplorasi dasar laut Ocean Infinity Limited yang diberi tanggungjawab dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kini berada di selatan Lautan Hindi.

Kapal tersebut memulakan misi pencarian pada 15 Januari lalu dan disertai dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lapor Astro Awani.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai dua pegawai yang dibawa mengikuti misi selama 90 hari itu akan memberikan laporan harian terus kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putrajaya.

"Kita berharap dapat mencari MH370 dalam tempoh terdekat. Misi ini adalah misi yang penting, kerana kita nak selesaikan isu MH370.

"Kita nak cari jawapan dan apabila kita temui serpihan itu maka kita boleh beri jawapan kepada mangsa keluarga," kata Encik Liow ketika ditemui Astro Awani semalam (19 Jan).

Encik Liow juga berharap pihak yang diberikan tanggungjawab dapat mencari serpihan pesawat terbabit yang meliputi kawasan pencarian seluas 25,000 kilometer persegi dalam tempoh yang ditetapkan.

"Memang kita beri mereka 90 hari sahaja, mereka perlu sempurnakan pencarian dalam tempoh itu. Kalau dalam tempoh 90 hari tak dapat cari maka misi ini gagal.

"Kita harap misi ini berjaya dan mereka penuh yakin untuk mencari bangkai kapal terbang," tambah beliau.

Menurut Astro Awani lagi, sebelum ini Australia, China dan Malaysia yang menyelaras dan membiayai secara bersama operasi pencarian, menangguhkan misi pencarian MH370 pada Januari tahun lalu.

Pesawat MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan