Images
  • lombok (1)

Kanak-kanak trauma dek kesan gempa bumi Lombok ikuti sekolah khas

LOMBOK: Ramai kanak-kanak di Lombok masih berasa trauma bahawa gempa bumi mungkin berlaku lagi di pulau peranginan Indonesia itu.

Bagi membantu mereka, pihak berkuasa membuka sekolah khas di kem-kem perlindungan sementara.

Misalnya sebuah sekolah khas dibuka untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Lombok, terutama kanak-kanak, pulih daripada trauma akibat gempa baru-baru ini.

"Sekolah ini kami bangun untuk pertama anak-anak di sini perlukan kegiatan yang positif untuk menghilangkan kesan daripada gempa kelmarin. Rasa takut itu masih ada, untuk mengembalikan mental mereka untuk siap menghadapi kenyataan ini," kata Yudha Rahman, Pakar Psikologi TNI.

Pihak berkuasa berharap agar mereka akan lebih bersedia menghadapi kejadian gempa pada masa depan.

Hampir 390,000 orang atau 10 peratus penduduk Lombok hilang tempat tinggal akibat dua gempa kuat, minggu lalu.

- CNA/AA/na

Top