Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kakitangan Pos M'sia di KLIA yang campak air zamzam digantung tugas

Seorang petugas Pos Malaysia di KLIA digantung kerja selepas video yang menunjukkannya mencampak air zamzam milik para jemaah umrah Malaysia menjadi tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan Pos M'sia di KLIA yang campak air zamzam digantung tugas

Petikan gambar dari video yang tular di Facebook.

Diterbitkan : 15 Dec 2018 09:57AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:06AM

KUALA LUMPUR: Seorang petugas Pos Malaysia di KLIA digantung kerja selepas video yang menunjukkannya mencampak air zamzam milik para jemaah umrah Malaysia menjadi tular di media sosial.

Menurut media tempatan, video yang tular di media sosial pada awalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Zahari Basaruddin, yang dipercayai berada di tempat kejadian.

"Kejadian hari ini di KLIA. Penat macam mana sekali pun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melemparkan air zamzam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat," tulis Encik Zahari seperti ditukil mStar.

"Malah tindakan itu juga dilakukan di khalayak umum. Kita tak bermaksud nak hukum kakitangan tersebut tapi jelas perbuatannya menyalahi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," tambahnya. Catatan itu dimuat naik pada malam Rabu (12 Dis) dan sejak itu mendapat perhatian ramai.

Dalam video yang disertakan dalam catatan itu, jelas kelihatan kakitangan terbabit mencampak-campak kotak-kotak yang diisi air zamzam dari sawat penyampai (conveyor belt) ke lantai.

Pos Malaysia Berhad menjelaskan menerusi laman rasmi Facebooknya bahawa insiden disebabkan kesesakan teruk pada sawat penyampai berkenaan sehingga pegawainya bertindak sedemikian bagi mempercepat proses muat turun kotak-kotak tersebut.

Namun, penjelasan itu tidak dapat diterima ramai. Antaranya termasuk pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias.

"Kalau betul belt itu dah sesak... bukan setakat air zamzam tu kena campak malah semua bagasi tu lah yang perlu dicampak sama supaya belt tadi tak sesak," tulisnya di Facebook.

Ada pula berpandangan bahawa orang ramai tidak harus seratus peratus menyalahkan kakitangan terbabit.

"Pihak pengurusan syarikat pelancongan dan jemaah umrah yang membawa bersama air zamzam itu tak boleh lepas tangan. Mereka juga terpaksa menanggung kesalahan yang sama. Ini kesalahan berkelompok," kata Pencetus Ummah (PU) Amin.

Ketika dihubungi mStar, beliau juga menggesa pihak pengurusan syarikat pelancongan yang membawa para jemaah umrah tersebut supaya tampil menjelaskan situasi sebenar. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan