Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kaki budak 6 tahun tersangkut dalam lubang tandas selama 2 jam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila kakinya tersangkut dalam lubang tandas di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong semalam (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kaki budak 6 tahun tersangkut dalam lubang tandas selama 2 jam

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 08:18AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 08:22AM

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila kakinya tersangkut dalam lubang tandas di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong semalam (18 Apr).

Dalam insiden yang berlaku pada jam 12.00 tengah hari itu, mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas sehingga paras betis.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bentong Haznan Basir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.00 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Seramai enam anggota diarah ke kediaman mangsa selepas kami menerima panggilan kecemasan.

“Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan,'’ kata beliau.

Operasi itu berakhir pada 2.00 petang. 

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan