Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

K Shanmugam kunjung Sultan Johor sempena Aidilfitri

Pertemuan itu mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Johor dengan Singapura yang sudah terjalin sejak dahulu lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
K Shanmugam kunjung Sultan Johor sempena Aidilfitri

(Gambar: FACEBOOK / Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 11:18PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 11:26PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (18 Jun) menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi catatan dalam laman Facebook, Sultan Johor, ini merupakan kali kedua menteri-menteri dari Singapura membuat kunjungan hormat kepada Sultan Ibrahim.

Ini selepas Sultan Ibrahim menerima kunjungan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kewangan Kedua, Lawrence Wong, pada 15 Jun lalu.

Pertemuan selama dua jam itu mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Johor dengan Singapura yang sudah terjalin sejak dahulu lagi, menurut catatan berkenaan.

Pada pertemuan itu, Encik Shanmugam turut menyampaikan ucap takziah di atas kemangkatan bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah  pada 1 Jun lalu di London.

Baginda turut meraikan Encik K. Shanmugam dalam satu majlis santapan tengah hari. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan