Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jurugambar Britain menang hak berhubung pemilikan 'monkey selfie'

"Apabila kita lebih mempelajari tentang Naruto, dan jenis spesisnya itu, dan semua haiwan lain, kita mesti mengiktirafkan hak undang-undang asas yang sesuai untuk haiwan-haiwan sebagai penghuni di bumi ini."

Anggaran Waktu Membaca:
Jurugambar Britain menang hak berhubung pemilikan 'monkey selfie'

Naruto. (Gambar: David Slater)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 09:22PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:27PM

SAN FRANCISCO: Seorang Jurugambar warga Britain, Encik David Slater memenangi tindakan guaman berhubung pemilikan gambar 'selfie' seekor kera.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Isnin (11 Sep) oleh Encik Slater dan kumpulan hak asasi haiwan, Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) menyatakan tuntutan itu kini sudah selesai.

Pada tahun 2011, Encik Slater berada di sebuah hutan simpanan alam semula jadi Tangkoko di Sulawesi, Indonesia apabila Naruto - seekor kera - mengambil beberapa 'selfie' menggunakan kameranya. Encik Slater menyangkal bahawa gambar itu miliknya kerana beliau memberikan kameranya itu kepada sekawan kera itu.

Para hakim Amerika Syarikat (AS) sebelum ini memutuskan bahawa perlindungan hak cipta tidak dapat diterapkan kepada kera itu, kerana ia bukan manusia. Tetapi PETA menyaman bagi mewakili Naruto dan menyatakan bahawa haiwan itu harus memanfaatkannya.

Rayuan PETA itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan Amerika di San Francisco, sementara Encik Slater bersetuju untuk mendermakan 25 peratus daripada sebarang pendapatan masa depan kepada badan-badan amal berdaftar.

"PETA dan Encik David Slater bersetuju bahawa kes ini menimbulkan isu-isu mustahak untuk memperluaskan hak-hak haiwan, sasaran yang kedua-dua pihak menyokong, dan mereka akan meneruskan kerja masing-masing untuk mencapai matlamat itu," kata Encik Slater dan PETA dalam satu kenyataan media bersama.

"Apabila kita lebih mempelajari tentang Naruto, dan jenis spesisnya itu, dan semua haiwan lain, kita mesti mengiktirafkan hak undang-undang asas yang sesuai untuk haiwan-haiwan sebagai penghuni di bumi ini."

Kenyataan itu menambah: "Untuk meneruskan matlamat ini, Encik David Slater akan menyumbangkan 25 peratus pendapatan kasar masa depan daripada gambar-gambar Monkey Selfie itu kepada pertubuhan-pertubuhan amal yang ditujukan untuk melindungi dan memperbaiki kebajikan dan habitat Naruto serta kera hitam di Indonesia."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan