Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah pelarian seluruh dunia 68.5 juta; paling tinggi dalam sejarah

Seramai 68.5 juta individu terpaksa melarikan diri dari negara mereka disebabkan peperangan, keganasan dan penindasan, terutamanya di kawasan seperti Myanmar dan Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pelarian seluruh dunia 68.5 juta; paling tinggi dalam sejarah

Gamabr: Hoshang Hashimi

Diterbitkan : 19 Jun 2018 08:45PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:01PM

GENEVA: Seramai 68.5 juta individu terpaksa melarikan diri dari negara mereka disebabkan peperangan, keganasan dan penindasan, terutamanya di kawasan seperti Myanmar dan Syria.

Malah, jumlah tersebut merupakan rekod paling tinggi sejauh ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini (19 Jun).

Pada hujung 2017, angka berkenaan hampir tiga juta lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bilangan individu yang terpaksa meninggalkan rumah mereka naik 50 peratus daripada 42.7 juta 10 tahun lalu, dedah laporan agensi pelarian PBB.

Angka sedia ada sebesar jumlah penduduk Thailand dan bilangan individu yang terpaksa melarikan diri adalah sebanyak satu dalam setiap 110 orang di seluruh dunia.

KEBANYAKAN DARI NEGARA MISKIN

Pelarian dari Myanmar bertambah lebih seganda kepada 1.2 juta, sedang tindakan keras tentera negara itu memaksa beratus ribu Muslim Rohingya untuk melarikan diri ke Bangladesh.

Laporan tersebut juga menarik perhatian tentang jumlah pelarian yang ramai di Iraq, Somalia, Sudan dan Congo.

Dalam pada itu, ia juga melaporkan sedang Israel menyambut 70 tahun kemerdekaan, 5.4 juta penduduk Palestin hidup sebagai pelarian

Meskipun tumpuan diberikan kepada jumlah pelarian di Eropah dan Amerika Syarikat, hakikatnya, 85 peratus daripada mereka mencari teduh di negara-negara berpendapatan tengah dan rendah seperti Lubnan, Pakistan dan Uganda.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa sejauh ini, Turki menjadi tuan rumah pelarian yang tertinggi dengan 3.5 juta daripada mereka berdaftar di negara itu pada hujung 2017, kebanyakannya warga Syria. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan